Carian
Celcom Berjaya Melakukan Panggilan VoNR 5G Pertama Di Malaysia
November 9, 2021 Aman

Celcom hari ini mengumumkan mereka berjaya melakukan ujian panggilan menggunakan teknologi VoNR 5G yang pertama di Malaysia.

VoNR atau Voice Over New Radio boleh dilakukan menggunakan rangkaian 5G SA berasaskan awan. Langkah ini membolehkan pengguna melakukan panggilan suara menggunakan rangkaian 5G tanpa bergantung kepada teknologi LTE.

Panggilan VoNR juga dikatakan menawarkan panggilan suara lancar dengan definisi tinggi, dan pada masa yang sama boleh menikmmati sambungan 5G berkelajuan tinggi tanpa menghadapi sebarang gangguan.

Celcom melakukan ujian panggilan VoNR ini dilapangan 5G Celcom di Kuah dan Taman Berlian, Langkawi.

Celcom turut mengatakan pencapaian ini turut memperlihatkan yag mana Celcom komited dalam inovasi dan ketersediaan 5G, serta ingin menawarkan perkhidmatan 5G berkualiti tinggi.

Komen