Cari @ Amanz

MyEG kini mengumumkan mereka telah menerima pengesahan daripada pihak JPJ, dan akan melakukan ujian lesen memandu secara automatik bermula 1 Disember 2021 ini, sehingga 1 Februari 2022 kelak.

Ujian selama dua bulan ini akan menguji konsep untuk sistem melakukan latihan dan ujian pemanduan, sekaligus menilai kemampuan seseorang yang melalui latihan memandu.

Sebelum ini, pihak JPJ turut telah melakukan ujian memandu elektronik pada tahun lepas, dimana ia menggunakan kamera litar tertutup.

Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan bagaimanakah implementasi ujian lesen memandu automatik ini.

(Sumber : Lowyat)

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd