Cari @ Amanz

Jualan NFT Mencapai Jumlah RM44.4 Bilion Pada Suku Ketiga 2021

Oleh Aman

Link Copied!

NFT merupakan salah satu perkara yang hangat dikatakan masa kini, dimana pelbagai artis menggunakannya dalam menawarkan hak kepada karya mereka – sama ada lukisan, grafik, muzik, dan sebagainya.

Terbaru, mengikut data yang dihimpunkan DappRadar, jualan NFT pada pelbagai rantaian-blok telah mencapai jumlah jualan sebanyak $10.7 bilion, iaitu sekitar RM44.4 bilion pada suku ketiga 2021 yang lepas.

Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan sehingga 8 kali ganda berbanding suku sebelumnya. Sebelum ini, suku pertama 2021 mencatatkan nilai sekitar $1.2 bilion, dan suku kedua mencatatkan nilai sekitar $1.3 bilion.

Peningkatan ini juga selari dengan penawaran pelbagai laman sehenti untuk jual-beli NFT, selain peningkatan nilai pelbagai kriptowang. OpenSea masih memperlihatkan penawaran sebagai platform paling aktif digunakan dalam jual-beli NFT.

Sang Saka

Dengan perkembangan terbaru ini, tidak mustahil kita melihat arena NFT terus mendapat perhatian ramai dalam bulan-bulan akan datang. Malah, di Malaysia sendiri, platform seperti Pentas memperlihatkan peningkatan penggunaan dan populariti kebelakangan ini dan menyaksikan karya terjual pada nilai mencapai RM45k.


Komen ()