Spesifikasi Motorola Edge 30 Ultra Tertiris – Dijana Snapdragon 898

Diterbitkan pada Nov 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Motorola juga adalah jenama telefon pintar yang suatu masa dahulu cukup popular. Tetapi nasib mereka boleh dikatakan seakan Nokia. Menawarkan peranti yang kelihatan menarik, spesifikasi kelas pertengahan asas, tetapi harga jualan premium.

Walaupun begitu, Motorola masih ada peminat mereka tersendiri dan pengguna sentiasa. Membuatkan jenama ini masih bertahan. Terkini, Motorola Edge 30 Ultra telah tertitis. Ia dikatakan adalah peranti mercu terbaharu mereka. Peranti ini dikatakan mungkin akan digelar sebagai Motorola Edge X di pasaran China.

Peranti ini dikatakan hadir dengan skrin 6.67-inci OLED 144Hz FHD+, dijana cip Snapdragon SM8450 yang berkemungkinan adalah Snapdragon 898, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Kamera belakang menggunakan konfigurasi dwi-50MP + 2MP dan kamera swafoto pula adalah 60MP.

Bateri dikatakan hadir dengan kapasiti 5000mAh dengan pengecasan pantas 68W, hadir dengan perlindungan IP52 serta menjalankan Android 12. Butiran lain mengenai peranti ini masih belum didedahkan lagi. Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami