Cari @ Amanz

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Dr Adham Baba, hari ini telah mengumumkan yang mana TPM (Technology Park Malaysia) dan MaGIC akan bergabung menjadi satu agensi baru, dinamaka Mranti. Gabungan ini akan dilaksanakan pada Januari 2022 kelak.

MRANTI merupakan singkatan untuk Malaysian Research Accelerator for Technology & Inovation.

Melalui MRANTI, ia akan memesatkan perkembangan ekosistem inovasi di Malaysia, dan ingin berdiri kukuh di dunia.

Ia juga akan menjadi landasan pelancaran inovasi, bagi memaksimakan pulangan dan impak pengenalan sesuatu idea. MRANTI akan bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, industri, akademik dan juga komuniti – sekaligus memastikan setiap tahap disokong dengan baik.

Dengan pengumuman ini, kita akan mendengar lanjut berkenaan gabungan kedua-dua agensi ini dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd