Menuju acara CES 2022 pastinya pelbagai jenama terkemuka bersedia dengan peranti-peranti baharu bahkan, turut membawakan teknologi tercanggih untuk tatapan umum. Jika televisyen anda di rumah sudah menjengah masa dan anda bercadang mendapatkan televisyen baharu, maka siri Neo QLED 8K wajib anda ketahui fungsi dan keupayaannya.
Teknologi Neo QLED 8K
Jika anda kerap mengikuti kemaskini dan perkembangan teknologi dari Samsung, anda mungkin kerap mendengar terma Neo QLED. Untuk siri terbaharu Neo QLED 8K, TV ini dikuasakan dengan cip Neo Quantum Processor 8K yang mana ia memberikan kualiti ‘upscaling’ yang lebih baik. Ini membolehkan anda menonton kandungan video yang tidak dihasilkan untuk paparan 8K, tetapi ditambah baik dan dibesarkan imejnya dengan 16 multi-model rangkaian kecerdasan buatan pada cip pemprosesan ini.
Malah tidak cukup dengan itu, keupayaan Quantum Matrix Technology Pro membuatkan setiap pixel mampu memaparkan warna yang bukan sahaja tepat, malah dengan titik kontras yang jitu. Tiada limpahan warna LED (blooming) terhasil dan ini sekaligus membantu penghasilan tahap kontras sebanyak 12 bit, membolehkan warna hitam yang berbeza dipaparkan, dan menghasilkan gambar yang lebih nyata dan tepat.
Warna Dijana Quantum HDR 64X
Dengan teknologi Neo QLED 8K yang menjadi teras enjin pemprosesan janaan imej pada televisyen ini, ia dilahirkan dengan warna yang sangat jelas, luas pilihannya menggunakan teknologi Quantum HDR 64X. Ia merupakan gabungan teknologi HDR 10+, yang mana menghasilkan warna yang telah dioptimasikan supaya dipaparkan hampir dengan keadaan asal, dan juga kontras yang tepat.
Selain dari itu bagi melengkapkan dan menjamin paparan warna, TV Neo QLED 8K ini juga memaparkan sebarang kandungan pada resolusi 8K, atau melakukan AI Upscaling bagi kandungan beresolusi rendah. Ia turut ditambah baik dengan sokongan 100% warna dan permukaan yang tidak berkilat, menjamin pengalaman paparan yang lebih berkualiti tanpa gangguan sinaran yang lain.
Rekaan Minimalis Sesuai Untuk Semua Suasana
Samsung mempelopori rekaan unik, minimalis dengan rekaan seperti The Frame yang tidak tumpah seperti bingkai gambar karya seni. Meneruskan tema rekaan yang unik dan minimalis, adalah rekaan hampir tiada bingkai bagi membuatkan TV ini sesuai berintegrasi dengan apa jua suasana di rumah atau di pejabat anda.
Apa yang membolehkan ia lebih nipis adalah keputusan Samsung dalam mengalihkan kesemua sambungan menggunakan Slim One Connect, yang membolehkan kesemua sambungan bukan dibelakang TV, akan tetapi pada kotak berlainan. Ini membolehkan TV ini digantung rapat ke dinding dengan aksesori Slim Fit Wall Mount, dan membuatkan ia cantik dipasang di dinding. Anda juga masih boleh meletakkan TV secara biasa, dan lihat kenipisan bingkai TV ini menghiasi rumah anda.
Penuh Dengan Fungsi Termasuklah Bunyi Mengikut Gerakan Objek
Sebagai jenama terpercaya dalam pembuatan TV, Samsung turut memberikan pelbagai fungsi untuk televisyen mereka. Bagi tujuan permanan video, terdapat fungsi Super Ultrawide GameView yang memberikan nisbah ultra-lebar 32:9 untuk pemandangan permainan yang lebih luas dan mengasyikkan. Malah menerusi fungsi Object Tracking Sound Pro, ia membolehkan pergerakan objek pada skrin dibunyikan mengikut arah, dan Space Fit Sound menatal audio mengikut keluasan ruang, memberikan pengalaman yang mendalam bukan sahaja untuk tujuan gaming, malah termasuk hiburan.
Dan jika TV ni dibeli untuk tujuan bekerja, Samsung turut menyediakan fungsi yang bakal membantu produktiviti. Pengguna boleh melancarkan Google Duo dengan paparan sehingga 32 orang, dan melakukan Video Call Mirroring menerusi fungsi Tap View, semudah menyentuhkan telefon kepada TV untuk mendapatkan paparan yang lebih besar, dan boleh digunakan serentak sewaktu anda menonton TV dengan tambahan fungsi Multi-View.
Melengkapkan ekosistem Samsung adalah TV ini juga menyokong sambungan terus kepada komputer, membolehkan sambungan aksesori PC juga dilakukan, atau sambungkan sebarang telefon siri Galaxy yang menyokong fungsi Samsung DeX, TV ini akan menjadi paparan untuk peranti anda.
Jelas sekali jika anda memilih TV baharu baik untuk apa jua kegunaan, pilihlah Samsung Neo QLED 8K yang bukan sahaja mempunyai pelbagai fungsi, malah mempunyai teknologi yang bakal relevan untuk tahun-tahun mendatang.
Untuk tempoh terhad, anda juga boleh mencuba melihat dengan lebih dekat berkenaan TV ini di jerayawara Samsung The New Lifestyle di One Utama, Petaling Jaya pada 10-14 November atau menerusi laman web mereka dimana ia turut disertakan dengan promosi menarik dengan pilihan seperti berikut
- 85″ Neo QLED 8K TV – RM 49,999: Hadiah bernilai RM 6,499 (Kredit e-dompet Touch ‘n Go atau Boost RM 6,000 + Slim Fit Wall Mount bernilai RM 499)
- 75″ Neo QLED 8K TV – RM 36,999: Hadiah bernilai RM 4,499 (Kredit e-dompet Touch ‘n Go atau Boost RM 4,000 + Slim Fit Wall Mount bernilai RM 499)
- 65″ Neo QLED 8K TV – RM 24,999: Hadiah bernilai RM 2,999 (Kredit e-dompet Touch ‘n Go atau Boost RM 2,500 + Slim Fit Wall Mount bernilai RM 499)
- Beli: Samsung Neo QLED 8K TV
Penafian: Advertorial Dari Samsung Malaysia