Samsung kini telah mengacah melalui akaun Samsung Exynos, untuk sebuah pengenalan baharu pada 19 November 2021 kelak.
Melalui gambar acah yang dikongsikan, Samsung dilihat lebih menyentuh kepada sokongan grafik yang bakal disertakan. Untuk makluman, Samsung sedia mengumumkan kerjasama dengan AMD untuk mengintegrasikan GPU AMD pada cip Exynos.

Berkemungkinan besar, kita akan melihat Samsung memperkenalkan cip Exynos baharu pada acara berkenaan, selain turut mempertontonkan sokonga grafik yang dibawakan oleh cip pemprosesan berkenaan.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 19 November untuk melihat penawaran cip Exynos baharu ini.