Cari @ Amanz

Rangkaian 5G Pertama Di Malaysia Akan Dilancarkan Esok, 10 November

Oleh Aman

Link Copied!

KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan melancarkan rangkaian 5G pertama di Malaysia secara rasminya esok, 10 November 2021. Dengan langkah ini, ia sekaligus membuka ruangan kepada fasa baharu rangkaian berkelajuan tinggi ditawarkan untuk pengguna tempatan.

Untuk peringkat permulaan ini, rangkaian 5G akan diperkenalkan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Cyberjaya, sebelum diperluaskan secara berperingkat selepas itu.

Pada tahun hadapan, 5G akan memfokuskan kepada negeri-negeri dengan padat penduduk, termasuk Pulau Pinang, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak.

Rangkaian 5G dijangka menawarkan kelajuan minima 100Mbps kepada pengguna, dan ia disasarkan meliputi sekitar 80% kawasan berpenduduk di Malaysia menjelang 2024 kelak.


Komen ()