Tim Cook Mengesahkan Beliau Secara Peribadi Mempunyai Pegangan Kriptowang

Diterbitkan pada Nov 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tim Cook, CEO Apple hari ini mengatakan beliau secara peribadi mempunyai pegangan kriptowang, sebagai sebahagian daripada portfolio pelaburan beliau.

Menurut Tim Cook, beliau sedia berminat dengan kriptowang, dan mengkaji berkenaan dengannya.

Apa pun, buat masa ini, Tim Cook hanya melihatnya dari perspektif peribadi, dan menolak sebarang cadangan berkenaan untuk Apple menerima kriptowang sebagai salah satu medium pembayaran.

Disamping itu, Apple sendiri juga tidak dilihat akan membeli kriptowang menggunakan dana syarikat sebagai pelaburan.

Walaupun Apple sedang melihat kepada teknologi kriptowang, namun, mereka tidak mempunyai sebarang perancangan terdekat berkenaan dengannya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami