Carian
Gambar Awal OnePlus 10 Pro Tertiris Ke Arena Web
November 10, 2021 Aman

OnePlus 10 merupakan telefon pintar siri seterusnya daripada OnePlus, dan dijangka diperkenalkan pada tahun hadapan, 2022. Namun, seperti biasa, gambar awal peranti berkenaan kini telah pun hadir tertiris ke arena web.

Melalui gambar yang dikongsikan OnLeaks melalui Zoutan, ia memperlihatkan rekaan belakang telefon pintar OnePlus 10 Pro.

Ia dilihat menyertakan bonggol kamera yang agak tebal, dan memposisikan tiga sensor kamera padanya bersama-sama dengan sebuah lampu cahaya untuk rakaman gambar.

Secara kasar, ia dilihat seperti mengambil inspirasi dan elemen rekaan seumpama Galaxy S21 sebelum ini.

OnePlus 10 Pro ini dijangka hadir dengan skrin 6.7-inci dengana kadar segar semula 120Hz, selain dijana bateri 5000mAh. Spesifikasi penuh untuknya masih tidak diketahui lagi.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkaitan dengan OnePlus 10 ini. Pihak OnePlus kebiasaanya melancarkan peranti mercu mereka pada pertengahan pertama tahun 2022 kelak.

Komen