Cari @ Amanz

Unity Mengambil Alih Weta Digital Yang Menghasilkan Kesan Khas Untuk LOTR dan Avatar Pada Harga RM 6.75 Bilion

Link Copied!

Studio kesan khas Weta Digital akan diambil alih oleh Unity dengan nilai $1.625 bilion (~RM6.75 bilion). Selepas diambil alih kesemua jurutera Weta Digital akan diserap masuk ke dalam Unity untuk membangunkan alatan yang kemudiannya digunakan dalam permainan video dan juga kesan khas digital untuk digunakan dalam filem serta siri TV.

Sebuah syarikat baharu Weta FX akan ditubuhkan khusus untuk menghasilkan kesan khas digital sahaja dengan pengasas Weta Digital Peter Jackson mengekalkan pegangan majoriti. Weta Digital ditubuhkan pada tahun 1993 untuk menghasilkan kesan khas untuk filem Heavenly Creatures arahan Peter Jackson. Syarikat mula dikenali ramai selepas menghasilkan kesan khas untuk filem trilogi The Lord of The Rings. Sepanjang sejarah syarikat ia telah memenangi anugerah Oscar untuk filem LOTR, King Kong, The Jugle Book dan Avatar.

Unity pula ialah enjin permainan video yang digunakan pada pelbagai plaform dari permua sehinggalah konsol generasi semasa. Ia kemudiannya digunakan dalam pembikinan filem seperti The Lion King dan siri The Mandalorian.


Komen ()