Cari @ Amanz

Celcom Akan Menamatkan Rangkaian 3G Di Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Selangor Esok, 11 November

Oleh Aman

Link Copied!

Celcom kini melalui laman rasmi mereka mengumumkan bakal menamatkan rangkaian 3G secara rasminya di beberapa kawasan mulai esok, 11 November, termasuk di Kuala Lumpur, Selangor dan juga Putrajaya.

Bagi pengguna yang terkesan, anda diminta menaik-taraf ke kad SIM Celcom 4G, selain turut memastikan anda mempunyai peranti mesra 4G. Dengan penutupan rangkaian 4G, pengguna akan mula menggunakan sokongan VoLTE atau 2G untuk panggilan suara.

Pada masa yang sama, Celcom turut akan melakukan penyelengaraan di beberapa kawasan bermula 12:00 hingga 6:00 pada 11 November 2021, yang mungkin memberikan impak terhadap penggunaan perkhidmatan suara dan juga data.


Komen ()