Cari @ Amanz

Misi Artemis ingin mengembalikan angkasawan NASA ke permukaan bulan sejak 1972. Ia juga akan menjadi misi pertama seorang wanita akan mendarat. Pada awalnya NASA menyasarkan misi akan dilakukan pada tahun 2024 tetapi ia kini ditangguhkan pula ke tahun 2025.

Impak Covid-19, kes saman yang difailkan oleh Blue Origin dan perubahan skop misi menyebabkan Misi Artemis ditangguhkan semalam setahun. Walaupun misi ditangguhkan disebabkan pelbagai komplikai seperti ujian roket yang belum selesai, NASA masih optomis melancarkan misi ujian dengan krew selewat-lewatnya pada Mei 2024. Dalam mini ini kapal angkasa yang dibawa 40,000 batu melepasi bulan yang menjadikannya perjalanan paling jauh pernah dilakukan oleh krew manusia dalam sejarah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd