Masalah kekurangan cip pada awalnya diramalkan berakhir tahun ini tetapi kini ramalan lebih pesimistik mengatakan ia akan hanya berakhir pada tahun 2023. Kekurangan cip ini menyebabkan bukan sahaja pengeluaran peranti pintar terjejas tetapi kesemua peranti elektronik seperti konsol, kamera digital, televisyen dan kereta terjejas.
Bagi menyelesaikan isu bekalan cip dari berlaku di masa hadapan, TSMC bekerjasama dengan Sony Semiconductor Solutions Corporation untuk membina kilang di Jepun. Kilang yang menelan belanja $7 bilion ini dijangka beroperasi seawal 2024 dengan pengeluaran cip 22nm dan 28nm. Sony hanya melaburkan $500 juta kepada pembinaan kilang ini. Keperluan cip generasi baharu 5nm menyebabkan cip teknologi lama seperti 22nm terjejas teruk. Cip-cip ini masih digunakan industri automotif untuk kegunaan pada kereta.
Sumber Nikkei