Dunia kriptowang sedia menerima perhatian ramai sejak kebelakangan ini, sekaligus membawa kepada peningkatan nilai sesuatu matawang kripto. Terbaru, mengikut data, nilai pasaran kriptowang keseluruhan dilihat telah melangkaui angka $3 trilion.
Peningkatan akhir-akhir ini dilihat disumbangkan oleh peningkatan nilai untuk Bitcoin, Ethereum dan juga Solana.
Pada masa yang sama, pelbagai syarikat memfokuskan kripto, NFT dan juga alam meta turut dilihat menerima perhatian ramai sejak pengumuman peralihan nama Meta oleh Facebook.