Firefox juga merupakan antara pelayar web yang popular. Malah di Amanz, pelayar web ini adalah antara yang semua penulis gunakan kerana efisien dan mudah untuk kerja-kerja harian. Pelayar web ini turut memfokuskan privasi dan sekuriti serta baru-baru ini telah menerima perubahan antaramuka yang lebih menarik untuk digunakan.

Terkini, bagi sesiapa yang ingin menggunakan pelayar web Firefox ini – Mozilla telah menawarkannya melalui gedung aplikasi Microsoft Store. Seperti biasa, ia percuma untuk dimuat turun tanpa sebarang caj tambahan. Dengan kehadiran pelayar web ini di dalam gedung aplikasi, proses muat turun akan lebih mudah berbanding sebelum ini perlu muat turun file .exe dan tunggu sekali lagi proses muat turun sebelum proses pemasangan.
Jika anda berminat anda boleh pergi ke Microsoft Store untuk mencubanya melalui pautan di bawah;