Discord, salah satu aplikasi yang popular dikalangan para peminat permainan video, dilihat turut menjadi pilihan ramai penerbit karya NFT. Pada tahun ini, pelbagai komuniti NFT menggunakan Discord dalam kekal berhubung bersama satu yang lain, dan kini pihak Discord sendiri dilihat mengacah integrasi NFT dan kripto pada platform mereka.
Perkara ini dilihat dikongsikan CEO Discord sendiri, mengacah integrasi dompet kripto dan NFT pada platform Discord sendiri. Selain itu, Discord juga dilihat telah melakukan bancian berkaitan Web3.

Walaubagaimanapun, integrasi ini dilihat tidak disukai oleh ramai pengguna Discord, termasuk pengguna tegar dan berbayar platform berkenaan. Ramai yang masih ragu-ragu berkaitan dengan arena kriptowang dan NFT – apatah lagi dengan pelbagai token palsu dan penipuan yang berlaku dalam arena ini.
Apa pun, buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Discord akan implentasi integrasi NFT dan kripto pada platform mereka atau tidak.
Selain Discord, Twitter dan Instagram dilihat turut sedang melihat kepada integrasi NFT dan kripto pada platform masing-masing.