Japan Rail Disaman Oleh Pemandu Kereta Api Selepas Gaji Dipotong RM2 Kerana Kelewatan Satu Minit

Diterbitkan pada Nov 10, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Satu negara yang terkenal dengan ketepatan waktunya ialah Jepun. Sekiranya anda tiba tepat pada masa anda masih dianggap telah terlewat. Budaya ini menyebabkan sekiranya kereta api terlewat, anda boleh mendapat slip khas dari syarikat kereta api untuk dijadikan bukti kepada majikan. Tetapi Japan Rail telah disaman oleh seorang pekerja selepas gaji beliau dipotong kerana dipersalahkan atas kelewatan ketika menjalan tugas.

Pemandu kereta api yang bertugas di Japan Rail West menyaman syarikat untuk mengembalikan semula gaji 56 Yen (~RM2) yang dipotong syarikat kerana dipersalahkan atas kelewatan. Dalam insiden yang berlaku pada 18 Jun 2020, beliau terlewat menggantikan pemandu kereta api selepas berdiri di platform yang salah. Akibatnya kereta api kosong yang sepatutnya dipandu kembali ke depot lewat selama seminit.

JR West menyalahkan beliau dan akibatnya gaji dipotong 56 Yen. Pekerja menyaman kerana merasakan tindakan syarikat terlalu melampau memandangkan kelewatan hanya satu minit tidak mengganggu operasi harian syarikat memandangkan tren kosong hanya perlu dipandu ke depot. Secara keseluruhan beliau meminta gaji 56 Yen dipulangkan serta pampasan 2.2 juta Yen (~RM81,000) atas tekanan mental yang dihadapi akibat hukuman yang dianggap melampau.

Sumber Yomiuri

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami