Cari @ Amanz

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa kini menjelaskan yang mana pengguna tidak perlu membayar kos yang tinggi dalam menikmati perkhidmatan 5G.

Hal ini kerana infrastruktur 5G diuruskan oleh pihak Digital Nasional Berhad, dan syarikat telekomunikasi dijangka akan dapat menjimatkan kos yang dikeluarkan untuk pembangunan infrastruktur – sekaligus turut menguntungkan para pengguna.

Malah, sebelum ini sendiri pihak DNB telah mengatakan kos untuk setiap GB data 5G adalah jauh lebih rendah berbanding apa yang ditanggung oleh syarikat telekomunikasi untuk data 4G pada hari ini.

Tan Sri Annuar Musa berkongsi berkenaan hal ini ketika acara yang mempertontonkan integrasi 5G bersama syarikat telekomunikasi tempatan. Sebanyak lima syarikat telekomunikasi tempatan telah memperlihatkan integrasi berkenaan pada hari ini.

Rangkaian 5G dijangka akan diperkenalkan pada bulan Disember kepada umum, di Kuala Lumpur, Cyberjaya dan juga Putrajaya. Ia dijangka diperluaskan meliputi 80% kawasan berpenduduk dalam tempoh tiga tahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd