Cari @ Amanz

Pelayar Web Brave Akan Integrasi Sokongan Rantaian-Blok Solana

Oleh Aman

Link Copied!

Brave, salah satu pelayar web yang memfokuskan kepada ciri privasi, hari ini mengumumkan kerjasama dengan pihak Solana. Melalui kerjasama ini, Brave akan mengintegrasikan sokongan rantaian-blok Solana pada pelayar web mereka.

Brave mengatakan integrasi ini akan melihat ekosistem Solana ditawarkan kepada lebih 42 juta pengguna Brave aktif. Penggunaaan rantaian-blok Solana menawarkan kemudahan yuran transaksi yang rendah, selain beroperasi lebih pantas.

Solana juga dijangka akan mengaktifkan implementasi protokol Themis yang dibangunkan oleh Brave, yang mana akan membentuk pembangunan token BAT generasi seterusnya. Pelayar web Brave memberikan token BAT kepada pengguna mereka.

Brave turut mengatakaan mereka akan kekal menyokong Ethereu, dan bercadang engintegrasikan pelbagai rantaian-blok lain pada Brave dari asa ke semasaa.


Komen ()