Cari @ Amanz

Pada YouTube, mungkin ramai sedia sedar yang mana ia mempunyai dua butang dibawah video – dimana pengguna boleh tandakan sama ada suka atau tidak. Selepas melakukan eksperimen melibatkannya, kini YouTube mengumumkan mereka akan menyembunyikan angka kiraan “Dislike” pada semua video pada platform berkenaan.

YouTube mengatakan butang berkenaan akan kekal, dan pengguna masih boleh tekannya, tetapi angka kiraan disebelahnya tidak akan dipaparkan.

YouTube turut mendapati yang mana saluran baharu sering menjadi mangsa untuk “Dislike”, sekaligus memberikan kesan terhadap penonton sama ada ingin menontonnya atau sebaliknya. Dengan membuang angka kiraan ini, ia akan mengurangkan kesan terhadap perkara berkenaan.

Walaupun disembunyikan, namun untuk penerbit kandungan, anda masih boleh menyemak berkenaan dengannya melalui halaman analitik masing-masing.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd