Instagram Menguji Ciri “Berehat” Daripada Menggunakannya

Diterbitkan pada Nov 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Instagram hari ini mengumumkan mereka telah memulakan ujian untuk sebuah ciri baharu yang dinamakan sebaagai “Take a Break”. Melalui ciri ini, Instagram mengalakkan orang ramai supaya tidak ketagih menggunakan platform mereka, dan berehat seketika.

Ciri ini yang masih pada fasa ujian awal ini, boleh diaktifkan dan ditetapkan pengguna had masa untuk peringatan berehat berkenaan – sama ada selepas 10 minit penggunaan, 20 minit, atau 30 minit. Anda juga boleh memilih untuk menutup dan mematikannya.

Selepas ditetapkan, Instagram akan mengingatkan pengguna untuk berehat selepas tempoh waktu yang ditetapkan. Halaman peringatan berkenaan akan menutup keseluruhan akses Instagram, dan memberikan beberapa idea untuk apa anda boleh lakukan, termasuk untuk membuat tugasan tertangguh, menulis apa yang anda sedang fikirkan dan sebagainya.

Instagram mengatakan sekiranya eksperimen ini berjalan lancar, mereka akan memperkenalkan ciri ini untuk semua pengguna dalam masa sebulan dua lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami