Twitter Menubuhkan Pasukan Khas Memfokuskan Rantaian-Blok Dan Kritpo

Diterbitkan pada Nov 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter hari ini mengumumkan mereka sedang membangunkan sebuah pasukan khas memfokuskan arena rantaian-blok dan juga kripto, dinamakan Twitter Crypto.

Melalui perkongsian Twitter, pasukan ini akan melihat kepada beberapa fasa secara berperingkat.  Untuk fasa awal, Twitter akan memfokuskan dalam menyokong minat dikalangan penerbit kandungan untuk menggunakan aplikasi terpencar dan juga menguruskan aset digital mereka.

Untuk makluman, sebelum ini telah kelihatan beberapa kod yang memperlihatkan Twitter akan mengintegrasikan sokongan koleksi NFT pada platform mereka. Selain itu, Twitter sendiri sedia menyokong ciri tip menggunakan Bitcoin.

Disamping itu, bergerak kehadapan, Twitter turut melihat kepada idea bagaimana komuniti kripto boleh membawa kepada fasa seterusnya dalam identiti, komuniti dan hak milik.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami