Cari @ Amanz

Disney+ merupakan perkhidmatan penstriman milik Disney, yang hadir dengan sejumlah kandungan eksklusif meliputi katalog terbitan Disney. Di Malaysia, perkhidmatan Disney+ Hotstar telah ditawarkan sejak 1 Jun 2021 yang lepas.

Terbaru, berkongsi berkenaan dengan angka pelanggan berbayar Disney, mereka mengatakan terdapat sekitar 118.1 juta pelanggan berbayar Disney+ sehingga 2 Oktober 2021 lepas. Angka ini turut meliputi perkhidmatan Disney+ Hotstar.

Disney turut mengatakan pendapatan purata untuk setiap pelanggan berbayar Disney+ adalah sekitar $4.12 sebulan, iaitu sekitar RM17.16 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.

Di Malaysia, Disney+ Hotstar ditawarkan pada harga langganan RM54.90 untuk tiga bulan, iaitu sekitar RM18.30 sebulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd