Cari @ Amanz

Logitech Melancarkan Papan Kekunci Mekanikal POP Keys Dengan Warna-Warna Yang Ceria

Link Copied!

Logitech telah melancarkan papan kekunci mekanikal POP Keys dengan pilihan warna yang sangat ceria. Biasanya papan kekunci ditawarkan dalam warna hitam, putih dan kelabu. Tetapi POP ditawarkan dalam warna pastel seperti biru, merah jambu, kuning dan ungu.

Terdapat 12 kekunci fungsi pada barisan paling atas untuk mengawal video, mengubah peranti yang ingin ditambat, melakukan tangkapan layar dan banyak lagi. Turut disertakan ialah lapan butang emoji pada barisan sisi yang boleh diubah mengikut kehendak pengguna. POP Key boleh diprogramkan untuk ditambah kepada tiga peranti berbeza menggunakan bluetooth dengan pertukaran dilakukan dengan sebuah butang khas. Dengan bateri yang digunakan, ia boleh berfungsi sehingga 3 tahun ataupun sehingga 50 juta tekanan butang.

Di Malaysia Logitech POP Keys dijual pada harga RM747 dengan tetikus nirwayar POP Moiuse dan alas meja dengan tema yang sama. Tetapi sempena jualan 11.11 hari ini, berkas ini boleh dipratempah pada harga RM667.


Komen ()