Cari @ Amanz

Disney hari ini turut mengatakan yang mana mereka sedang dalam persiapan untuk menyertai arena realiti-maya atau apa yang hangat dikatakan kebelakangan ini sebagai alam meta.

Disney mengatakan langkah mereka menyertai arena alam meta ini adalah selari dengan inovasi teknologi mereka, dimana mereka sedia berjaya menghubungkan penceritaan dunia realiti dan juga dunia maya.

Sebelum ini, Disney sedia mengatakan ingin menyatukan alam realiti dan digital di taman tema mereka melalui penggunaan peranti boleh-pakai, telefon pintar dan sebagainya.

Perkongsian pihak Disney ini adalah selari dengan pengumuman pihak Facebook yang ingin memfokuskan arena ini, selain Microsoft turut mengatakan sedang membangunkan penawaran mereka tersendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd