Cari @ Amanz

Oppo A55s Tertiris Ke Arena Web – Mungkin Dilengkapi Cip Snapdragon 480

Link Copied!

Sehingga kini, Oppo sedia hadir dengan pelbagai model di bawah siri A. Lanjutan daripadanya, kini hadir desas desus awal yang mengatakan siri berkenaan akan dikemaskini dengan sebuah lagi peranti baharu.

Mungkin dikenali sebagai Oppo A55s, beberapa informasi mengenainya telah tertiris di arena web. Ini termasuklah imej pengolokan yang memperlihata rekaan peranti secara penuh. Di samping itu, markah penanda aras untuknya.

Oppo A55s dijangka hadir dengan sokongan dwi-kamera di bekakang. Ia disusun secara menegak dalam modul kamera yang berbentuk segi empat. Melengkapinya juga adalah kamera swafoto tunggal yang diletakkan dalam lubang kecil pada skrin hadapan. Tapi sayang, tiada sebarang informasi mengenai spesifikasi untuk kesemua kamera yang diperolehi buat masa ini.

Seterusnya, peranti pintar ini juga dipercayai menyokong cip Snapdragon 480. Markah penanda arasnya didakwa telah ditemui menerusi Geekbench dengan nombor model CPH2309. Penggunaan kod nama ‘holi‘ menerusi penyenaraian berkenaan berkait rapat dengan cip Snapdragon 480.

Tidak ketinggalan, ia juga akan dibekalkan memori 4GB RAM dan menjalankan Android 11. Markah penanda aras turut memperlihatkan peranti berjaya mencatatkan sebanyak 510 mata untuk ujian satu teras. Sementara itu, 1,592 mata pula untuk ujian pelbagai teras.

Ini sahaja informasi yang ditemui mengenai peranti. Pada masa sama, Oppo juga masih belum berkongsi sebarang bayangan mahupun informasi mengenainya, setekat ini. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenainya. Sekadar selingan, jangan lupa juga nantikan pelancaran untuk Oppo A95 di pasaran tempatan pada 15 November ini.

Sumber : 91Mobiles, Geekbench


Komen ()