Cari @ Amanz

Apple Menawarkan Perkhidmatan Business Essentials Untuk Pengurusan Perniagaan Kecil

Link Copied!

Apabila bercakap mengenai perniagaan, perisian yang selalu digunakan ialah yang dihasilkan oleh Microsoft dan Google. Hari ini Apple mula menawarkan Bussiness Essentials yang merupakan perkhidmatan langganan yang menguruskan keperluan perniagaan kecil.

Menerusi Business Essentials, perniagaan kecil dengan kurang daripada 500 kakitangan boleh menguruskan peranti, sokongan Apple Support 24/7 dam storan iCloud dapat diuruskan menerusi langganan bulanan. Dengan ini kesemua peranti Apple milik kakitangan akan dapat diuruskan dengan lebih mudah secara setempat oleh pemilik perniagaan.

Pada waktu Apple Business Essentials ditawarkan dapat bentuk beta kepada perniagaan di Amerika Syarikat terlebih dahulu dengan pelancaran penuh pada musim bunga 2022. Langganan bermula dari $2.99 untuk setiap peranti dengan storan iCloud 50GB.


Komen ()