Celcom Kini Telah Menutup Rangkaian 3G Di Selangor, Putrajaya Dan Kuala Lumpur

Diterbitkan pada Nov 11, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Celcom kini melalui laman rasmi mengatakan yang mana mereka telah selesai menutup rangkaian 3G di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan juga Putrajaya.

Selain itu, Celcom turut telah menamatkan rangkaian 3G di Bentong, Pahang dan juga Bagan Datuk, Perak.

Celcom merupakan salah satu daripada pelbagai syarikat telekomunikasi yang kini dalam proses menamatkan perkhidmatan rangkaian 3G – selari dengan rancangan kerajaan untuk menutup rangkaian 3G pada penghujung 2021 ini.

Fasa seterusnya akan disambung oleh Celcom pada 19 November kelak, dimana ia melibatkan sebahagian kawasan di Kelantan dan Terengganu.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami