Cari @ Amanz

Majelis Ulama Indonesia (MUI) kini telah mengumumkan penggunaan kripto sebagai matawang adalah haram.

Menurut MUI, kriptowang diharamkan kerana ia mengandungi gharar (ketidakpastian), dharar (mudarat) dan bertentangan dengan peraturan Bank Indonesia.

Mengulas lanjut, MUI mengatakan kriptowang sebagai komoditi atau aset digital tidak sah diperjual-beli kerana mempunyai gharar, dharar, qimar. Pada masa yang sama, ia turut dikatakan tidak memenuhi syarat sil’ah secara syar’i – iaitu wujud, memiliki nilai, mengetahui jumlah secara pasti, mempunyai hak milik dan boleh diserahkan kepada pembeli.

Bagaimanapun, MUI turut mengatakan yang mana kripto yang mempunyai syarat sebagai sil’ah dan mempunyai manfaat jelas, sah untuk dijual-beli.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd