Cari @ Amanz

Google Tensor Telah Diuji Pada Pixel 5 Sebelum Digunakan Pada Pixel 6

Link Copied!

Google Pixel 5 boleh dikatakan adalah peranti “mercu” Pixel yang paling mengecewakan. Ini kerana ia merupakan pengganti kepada Pixel 4 dan ia hanya hadir dengan cip pemprosesan kelas pertengahan yang sama dengan Pixel 4a 5G.

Spekulasi menyatakan yang peranti mercu sebenar Google dengan cip Tensor yang kini digunakan pada Pixel 6 masih belum sedia digunakan. Terkini, seorang pembangun dari XDA telah menemui bukti melalui sumber kod perisian Pixel 6 (kernel source) yang Google ada menguji Pixel 5 dengan cip Tensor.

Google Tensor

gs101 adalah kod nama bagi cip Google Tensor. Pada Pixel 6, kod nama yang digunakan adalah gs101-b0. Tetapi dalam sumber kod ini terdapat bukti yang cip ini diuji pada gs101-a0, yang mana a0 adalah kod untuk Pixel 5 atau juga Whitefin.

Persoalannya, adakah kelak Google akan kitar semula rekaan dan bahan binaan Pixel lama seperti Apple lakukan pada iPhone SE mereka? Kalau Pixel 4a 5G, Pixel 5 dan Pixel 5a 5G boleh hadir dengan tubuh lebih kurang, spesifikasi lebih kurang – apa menghalang Google dari melancarkan Pixel 6A dengan rekaan sama?


Komen ()