Universal Menubuhkam Kumpulan Alam Meta Kingship Menggunakan Watak NFT Bored Ape Yacht Club

Diterbitkan pada Nov 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apakah Non Fungible Tokens atau lebih dikenali sebagai NFT? Ada yang mengatakan ia aset. Ada juga mengatakan ia adalah skim ponzi golongan kripto. Yang pasti NFT kini tidak dapat dielakkan lagi kerana ia sudah digunakan oleh semua syarikat untuk mempromosikan produk. Terkini Universal Music Group (UMG) telah mengumumkan penubuhan kumpulan muzik alam meta Kingship yang terdiri daripada empat watak NFT Bored Ape Yacht Club.

Kumpulan terdiri daripada 1 watak Mutant Ape dan 3 watak Bored Ape. Siri Bored Ape mempunyai 10,000 watak sementara Mutant Ape pula mempunyai 20,000 watak yang kesemuanya dijual dalam bentuk NFT. Kingship akan menghasilkan muzik dan video muzik dalam masa terdekat. Pada waktu yang sama barangan berasaskan Kingship akan juga dijual di alam meta kelak dengan akses awal diberikan kepada pemilik NFT Bored Ape Yacht Club. Ini sekaligus menjadikan Kingship kumpulan alam meta NFT pertama di dunia dengan kontrak bersama syarikat muzik terkemuka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami