Apple Dilihat Memfailkan Paten Berkaitan Dron

Diterbitkan pada Nov 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple kini dilihat telah mendaftarkan paten berkaitana dron, sekaligus memberikan petanda yang mana Apple mungkin sedang membangunkan sebuah “Apple Drone”.

Melalui paten yang didaftarkan, ia memperlihatkan kebolehan untuk menyatukan dan menghubungkan dron kepada alat pengawal. Selain itu, paten kedua yang didaftarkan turut menyentuh kepada kaedah kawalan dron menggunakan rangkaian selular.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada ia sekadar pendaftaran paten semata, atau Apple benar-benar sedang melihat kepada pembangunan sebuah dron. Dengan Apple sedia memfokuskan arena fotografi melalui iPhone, tidak mustahil mereka turut memperluaskannya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami