Vivo Y15s Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM559

Diterbitkan pada Nov 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo Y15s telah dilancarkan di Malaysia pada harga RM559. Peranti ini dilengkapi skrin 6.51″ IPS LCD HD+, dijana cip MediaTek Helio P35, memori 3GB RAM, storan 32GB dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan 10W sahaja.

Kamera utama 13+2 MP dipadankan pula dengan kamera swafoto 8MP. Sokongan rakaman video hanyalah sehingga 1080P 30FPS sahaja. Selain itu Y15s menggunakan sistem operasi Android 11 Go edition dengan pelancar Funtouch 11.1. Peranti juga masih mempunyai bicu audio, pengimbas cap jari sisi dan pembesar suara mono. Di Malaysia pra-tempahan telah dibuka sehingga 19 November.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami