15 Pengeluar Disahkan Bakal Menggunakan Ciri Tema Automatik Material You Android 12

Diterbitkan pada Nov 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Antara ciri paling menarik pada Android 12 ialah Material You – tema peranti berubah secara automatik mengikut imej latar belakang yang dipilih. Google pada awalnya mengatakan ciri ini adalah eksklusif pada peranti Pixel sahaja tetapi ia akan diberikan juga pada peranti Android lain. Kini senarai 15 pengeluar selain Google yang akan menggunakan Material You telah didedahkan menerusi commit terkini Android.

Menurut laporan XDA Developer pengeluar yang akan menyokong Material You ialah Infinix, Itel, Lenovo, Motorola, Nokia, OnePlus, Oppo, Realme, Roboelectric, Sharp, Sony, TCL, Tecno, Vivo, dan Xiaomi.

Samsung tiada dalam senarai ini walaupun dalam ujian One UI Beta yang sedang dilakukan, terdapat ciri tema disokong tetapi mungkin adalah menggunakan sistem Samsung sendiri.

komen


© Amanz / 2022 Kami