Cari @ Amanz

Targus sedia terkenal dengan penawaran beg sandang mereka, yang digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk untuk membawa komputer riba. Terbaru, Targus turut berkongsi mereka akan memasarkan beg sandang terbaru mereka pada 2022 yang hadir dengan teknologi Find My daripada Apple.

Ini bermakna, produk beg Targus baru ini diintegrasikan bersama rangkaian Apple Find My, dan pengguna boleh melakukan carian produk mereka sekiranya hilang atau tersilap letak dimana-mana.

Targus memanggilnya sebagai Cypress Hero EcoSmart® Backpack, dimana ia dibuat menggunakan botol plastik yang dikitar semula, dan boleh memuat-kan komputer riba bersaiz 16-inci.

Dengan perkembangan terbaru ini, tidak mustahil kita melihat lebih banyak produk diintegrasikan bersama rangkaian Find My tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd