Vaksinasi Covid-19 Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun Di Malaysia Akan Dimulakan 2022

Diterbitkan pada Nov 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sudah berlangsung sejak Februari tahun ini dengan lebih 95% penduduk dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Tetapi untuk memastikan kelancaran negara bergerak ke fasa endemik, kanak-kanak juga perlu menerima suntikan vaksin. Di Parlimen semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengesahkan PICK untuk kanak-kanak bawah 12 tahun akan dilakukan pada tahun 2022.

Pfizer

Suntikan akan hanya diberikan selepas vaksin Pfizer-BioNTech menerima kelulusan regulatori di Amerika Syarikat dan Eropah. Selepas itu Pfizer dijangka memohon kelulusan penggunaannya dari pihak NPRA (Agensi Regulatori Farmasi Negara) pada penghujung tahun ini. Menurut anggaran KKM, sebanyak 5.9 juta kanak-kanak bawah 12 tahun di Malaysia akan menerima suntikan vaksin Pfizer kelak.

Sumber Bernama

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami