Cari @ Amanz

Huawei Watch GT 3 dan Huawei FreeBuds Lipstick merupakan antara penawaran produk terkini daripada Huawei buat penggunanya. Lanjutan daripada itu, kedua-duanya bakal ditawarkan buat pengguna di Malaysia tidak lama lagi iaitu 20 November 2021. Buat masa ini, harga jualannya masih belum diumumkan, tetapi seperti biasa kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini lebih lanjut.

Huawei Watch GT3

Huawei Watch GT3 (46mm) dilengkapi skrin 1.43″ AMOLED berbentuk bulat, tubuh premium dari logam tahan karat, dijana cip ARM Cortex-M, memori sebesar 32MB, storan sebesar 4GB. Kapasiti bateri tidak didedahkan tetapi boleh bertahan sehingga 14 hari pada penggunaan biasa atau sehingga 8 hari pada penggunaan lebih berat. Sementara itu, Huawei Watch GT3 (42mm) pula mempunyai ciri yang sama cuma skrin lebih kecil 1.32″ dan bateri yang boleh bertahan sehingag 7 jam pada penggunaan biasa atau 4 hari dalam penggunaan yang lebih berat.

Huawei FreeBuds Lipstick

Huawei FreeBuds Lipstick pula merupakan telinga berwarna merah bersama tangkai yang panjang mempunyai rekaan terbuka. Ia juga masih dilengkapi sistem pembatalan hingar aktif (ANC). Pada masa sama turut boleh digunakan untuk bersenam kerana melepasi piawaian kalis air IPX4. Dari kemasan, ia kelihatan seperti sebatang gincu bibir yang bersaiz besar. Menariknya, pos pengecasan bewarna hitam yang disertakan mempunyai kemasan emas memanjang dengan sisi yang dibulatkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd