Antara perkara yang paling tidak digemari ialah apabila ada orang cuba membaca apa yang sedang anda baca di skrin peranti. Ia perbuatan menyibuk dan terasa seperti privasi peribadi telah dicabul. Apple ingin menyelesaikan isu ini dengan menggunakan kaca pintar mereka berdasarkan paten yang telah difailkan oleh mereka menurut lama PatentlyApple.

Di dalam dokumen paten yang difailkan, kandungan sulit pada skrin telefon pintar hanya boleh dilihat oleh pemakai kaca mata pintar seperti Apple Glass. Ia adalah sistem yang agak kompleks dan canggih tetapi pastinya menelan kos yang tinggi. Terdapat cara lebih murah untuk memastikan privasi terjaga iaitu membeli skrin pelindung yang menghalang pemandangan dari sisi.