Terdapat banyak kandungan menarik di pelbagai platform penstriman video. Sungguhpun begitu sukar untuk berkongsi klip menarik yang ditonton di luar platform penstriman sekarang. Jika dilakukan juga ia menyebabkan akaun pengguna digantung atau klip dipadam kerana arahan DMCA oleh pemegang IP. Amazon Prime Video kini melakukan sesuatu yang unik kerana membenarkan perkongsian klip video sehingga 30 saat dari kandungan mereka ke media sosial oleh pengguna.

Dengan ciri ini peminat siri The Boys misalnya boleh berkongsi babak aksi menarik yang baru ditonton bagi mengajak orang lain turut menonton siri Prime Video ini. Pada kandungan yang menyokong perkongsian, terdapat butang Share a Clip dipaparkan pada skrin.
Pada waktu ciri perkongsian dihadkan kepada kandungan siri The Wilds, Invincible, Fairfax, dan musim pertama The Boys sahaja pada aplikasi iOS. Amazon akan menambah sokongan ciri ini ke lebih banyak kandungan asli mereka di masa hadapan. Platform media sosial yang disokong pula ialah Instagram, Facebook, Twitter, iMessage, Messenger, dan WhatsApp.