Honor kini dalam usaha untuk meningkatkan keyakinan ramai pengguna dengan mengembalikan Google Mobile Service (GMS) pada peranti yang ditawarkan di luar pasaran China. Selepas Honor 50, kini mereka dalam perancangan untuk hadir dengan sebuah lagi model baharu yang turut dilengkapi GMS untuk pasaran tempatan. Melaluinya, Honor 50 Lite bakal diperkenalkan pada 25 November 2021.

Dari segi kemasan, jelas kelihatan Honor 50 Lite mempunyai rekaan fizikal yang mirip dengan Huawei Nova 8i. Untuk spesifikasi pula, ia merupakan sebuah peranti dengan janaan cip Snapdragon 662. Skrin pula adalah berukuran 6.67-inci LCD dengan resolusi FHD+. Selain itu, Honor 50 Lite juga dibekalkan dengan memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 4,300mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W.

Tetapan kamera pula adalah 64MP+8MP+2MP+2MP, manakala kamera hadapan sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – NFC, menjalankan MagicUI 4.2 berasaskan Android 11 dan sebagainya. Terdapat tiga pilihan warna yang disediakan seperti Deep Sea Blue, Space Silver dan Midnight Black. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai harga jualan rasmi di Malaysia, nantikan kemaskini kami di Amanz kelak.