Instagram Memperkenalkan ciri Teks-Ke-Audio Seperti TikTok

Diterbitkan pada Nov 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Instagram hari ini memperkenalkan ciri teks-ke-audio percakapan yang mirip dengan yang dipopularkan oleh TikTok. Dengan ciri ini, kapsyen yang diletakkan pada video akan diubah kepada audio secara automatik menggunakan suara kecerdasan buatan.

Instagram menawarkan dua pilihan suara kepada pengguna Reels. Selain itu ciri Voice Effects turut diperkenalkan yang mengubah suara dengan kesan khas robot, helium, giant, announcer dan vocalist. Dengan kedua-dua ciri baharu ini, Instagram akan dapat menawarkan ciri yang membolehkan ia terus bersaing dengan TikTok yang pada waktu ini lebih popular di kalangan pengguna muda.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami