UL Benchmarks, syarikat pembangun disebalik perisian penanda-aras komputer PCMark dan 3DMark baru-baru ini mengumumkan ketibaan perisian penanda-aras baru yang dinamakan 3DMark SSD Storage Benchmark yang boleh digunakan untuk menguji prestasi komponen SSD sesebuah komputer.
Berbeza dengan penanda-penanda aras storan sedia ada yang secara lazimnya hanya mengambil kira kelajuan sesebuah storan, dan walaupun ini adalah penting, perisian 3DMark SSD Storage hadir dengan ujian-ujian simulasi penggunaan dunia sebenar, seperti menjalankan sejumlah permainan-permainan komputer popular, dan cuba untuk menggerakkan folder-folder penuh dengan fail untuk memperlihatkan senario “penggunaan sebenar” storan yang diuji.


Diantara ujian yang diperlihatkan termasuklah pengaktifan permainan Battlefield V, Call of Duty 4 dan Overwatch dari desktop ke menu permainan, kebolehan merakam video permainan pada resolusi Full HD dan kadar segar semula 60Hz menggunakan Open Broadcast Software, simulasi memindah folder Call of Duty dari satu storan ke storan yang lain dan sebagainya.
3DMark Storage Benchmark kini ditawarkan melalui Steam pada harga RM8.50, manakala mereka yang memiliki lesen 3DMark Professional Edition telahpun memilikinya untuk percuma.