Beberapa bulan lepas, pengguna Twitter iOS dan Android mula menerima kemaskini baharu – di mana video dan gambar yang diciap dipaparkan secara lebih lebar pada garis masa Twitter. Menerusi ciri ini, gambar yang dikongsi akan menggunakan keseluruhan lebar skrin dan bukan dengan ruang kosong pada sisi kiri.
Ia mirip apa yang berlaku jika ciapan yang dihantar ditekan untuk melihatnya secara satu persatu. Jadi sepertimana anda lihat sebelum mula menciap, seperti itu jugalah anda akan lihat di Twitter. Baru-baru ini, Twitter memperkenalkan ciri yang sama untuk pengguna Twitter di web pula.
Jadi kini, jika anda kongsi sebarang gambar, video atau juga GIF anda akan lihat dalam paparan yang lebar atau bersaiz penuh.