Cari @ Amanz

Pengguna Huawei Nova 9 Boleh Memuat-Turun HarmonyOS 2 Bermula 15 November 2021

Oleh Aman

Link Copied!

Huawei Nova 9 hadir dengan antaramuka EMUI, dan telah pun dilancarkan untuk pasaran tempatan. Menariknya, kini pihak Huawei turut mengatakan kemaskini HarmonyOS akan diberikan untuk Nova 9 bermula 15 November 2021 kelak.

Kemaskini HarmonyOS 2 ini akan ditawarkan untuk Huawei Nova 9 bermula dari Hong Kong. Namun, bagi pengguna tempatan, anda boleh lakukan perubahan lokasi ke Hong Kong, dan memuat-turun HarmonyOS 2 berkenaan.

Dengan penawaran ini, ia sekaligus menawarkan sistem operasi terbaru Huawei berkenaan kepada pengguna luar China secara rasminya. Ia turut hadir dengan penawaran Huawei AppGallery dan HMS untuk memudahkan pelbagai aplikasi seperti biasa pada telefon pintar.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 15 November ini untuk mencuba sendiri HarmonyOS pada telefon pintar.


Komen ()