GMail Dan Google Calendar Dilihat Kini Menghadapi Masalah Teknikal

Diterbitkan pada Nov 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

GMail merupakan perkhidmatan emel yang disediakan oleh Google. Kini, ia dilihat GMail menghadapi masalah teknikal, membuatkan sejumlah pengguna tidak boleh menggunakan perkhidmatan berkenaan sepenuhnya.

Mengikut halaman status Google, perkhidmatan yang dilihat terjejas adalah GMail, Google Calendar dan juga Google Chat.

Pihak Google mengatakan mereka sedang menyiasat berkenaan masalah ini, dan akan berkongsi lanjut berkenaan dengannya dalam masa terdekat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami