Carian
Sukar Buat Pilihan? 3 Produk HUAWEI Ini Janjikan Rutin Harian Cukup Produktif
November 12, 2021 Amy Maizuraa

Komputer riba, telefon bimbit dan jam tangan pintar adalah antara peralatan penting dalam kehidupan kebanyakan pengguna hari ini. Kesemua peralatan ini menjadi keperluan kerana ia bukan sahaja mampu melancarkan urusan kerja seharian. Malah, kita juga boleh menggunakannya untuk berkomunikasi tanpa sempadan, bersantai dengan tenang mahupun berhibur cukup rancak. Dengan lambakan pilihan yang ada di pasaran, kami pasti ia agak menyukarkan anda untuk membuat pilihan terbaik.

Almaklumlah zaman sekarang ini semuanya serba canggih. Misalnya, komputer riba kini semakin kecil dan kurang berat. Telefon pintar juga semakin serba boleh. Bahkan, jam tangan pintar juga mampu menjadi pembantu peribadi yang bagus. Tetapi, usah runsing dengan apa yang berlaku. Sebaliknya, situasi anda boleh diselesaikan malah lagi baik dan menguntungkan. Mengapa?


Kombinasi 3 Produk Dalam 1 Fungsi

Sebab bukan satu tapi tiga sekaligus kombinasi produk yang boleh anda cuba. Kita ada HUAWEI nova 9, HUAWEI MateBook 14s dan HUAWEI Watch GT 3. Kesemua ini adalah penawaran baharu daripada HUAWEI dalam usaha memudahkan penggunanya. Mengapa kami katakan kesemua produk ini mampu mambantu anda dapat rutin harian yang produktif? Jikalau ingin tahu, barisan peranti baharu HUAWEI direka khusus untuk berfungsi dalam pelbagai senario. Jadi, inilah pilihan yang tidak harus anda lepaskan.


HUAWEI nova 9 , Serba-Serbi Kukuh

Telefon pintar HUAWEI nova 9 misalnya. Telefon pintar sekarang sememangnya sangat canggih. Samalah seperti peranti pintar ini sendiri. Kita boleh menyifatkannya sebagai peranti yang serba kukuh. Baik dari segi spesifikasi, prestasi dan rekaan yang eksklusif. Ia juga dilengkapi skrin 6.57-inci OLED dengan kadar semula 120Hz. Percaya atau tidak, anda pasti akan berpuas hati dengannya.

Kehebatannya itu sehinggakan anda akan rasa wujudnya satu pengalaman menyeronokkan yang mampu mempengaruhi mood sendiri. Di mana, ia mempunyai prestasi yang hebat, pada masa sama mampu memenuhi segala keperluan produktiviti serta multimedia anda. Ditambah lagi dengan rekaan yang ringan dan nipis. Kemudian, peranti berbentuk sedikit melengkung pada setiap sudut sisi, sekaligus memberikan cengkaman tambahan. Ia juga sangat selesa apabila berada di tangan.

Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai kapasiti bateri sebesar 4,300mAh yang pastinya cukup untuk penggunaan sepanjang hari. Lebih menariknya, tempoh untuk pengecasan semula juga tidak lama dengan adanya teknologi pengecasan pantas 66W HUAWEI SuperCharge yang disertakan padanya. Bateri boleh dicas penuh dalam hanya 38 minit sahaja. Sambil pergi ke gim di bawah rumah sebentar sebagai terapi untuk menghilangkan tekanan. Bateri HUAWEI nova 9 sudah pastinya telah penuh dicas seusai anda pulang.

Kemudian kami juga yakin, setiap pencinta fotografi pasti mendambakan kualiti gambar yang berkualiti tinggi. Ini termasuklah kami sendiri. Kalau boleh sehinggakan semut di tepi batu mesti nampak dengan jelas. Dengan sistem kamera belakang 50MP Ultra Vision pada HUAWEI nova 9, anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya. Kualiti gambar yang diambil cukup baik, di samping turut menyerlahkan objek atau permandangan yang anda pilih.

Pelbagai moden indah dalam bentuk gambar atau video sememangnya boleh diambil tanpa masalah. Butiran juga jelas tanpa masalah hingar yang ketara. Apa yang paling penting adalah gambar akan kelihatan semula jadi tanpa keperluan untuk suntingan tambahan. Gambar sebeginilah yang sering kali menjadi trend di media sosial ketika ini.

Proses pengambilan gambar dalam situasi kurang pencahayaan cahaya juga tidak menjadi masalah besar. Tidak kiralah sama ada gelap atau malap mana sekalipun. Gambar yang diambil pasti cukup lawa. Terima kasih kepada teknologi XD Fusion Engine penuras warna RYYB untuk prestasi pencahayaan rendah yang tiada tandingannya. Menurut HUAWEI, ia mampu mengumpul lebih 40% cahaya untuk hasil yang memuaskan itu.

Seterusnya, anda juga tidak perlu lagi berapat-rapat semata untuk mengambil gambar dengan kamera lensa sudut lebar 8MP. Manakala, lensa kedalaman dan makro 2MP juga sangat berguna dalam memberi tumpuan pada penangkapan gambar bokeh dan makro cukup baik. Dengan HUAWEI nova 9, kini lebih ramai orang boleh menghasilkan kandungan kreatif persis seorang pakar.


Ekosistem HUAWEI Share, Mudahkan Pengguna

Percaya atau tidak, hanya dengan satu sentuhan anda boleh pindahkan sebarang fail daripada telefon pintar HUAWEI ke komputer riba. Antaranya seperti pemindahan fail daripada HUAWEI nova 9 ke HUAWEI MateBook 14s. Contoh situasi mudah, anda telah menangkap sehingga berbelas, berpuluh mahupun beratus gambar yang cantik dan mantap dengan HUAWEI nova 9. Tetapi rasa ralat untuk menggunakan kabel bagi memindahkan gambar-gambar berkenaan. Usah runsing dengan perkara ini.

HUAWEI mempunyai ekosistem pintar dinamakan HUAWEI Share. Ia sangat praktikal dan mudah untuk digunakan. Dengan dibina berasakan teknologi berasaskan NFC yang membolehkan anda nikmati pengalaman terbaik sewaktu proses perkongsian fail secara terus antara peranti HUAWEI. Apa yang menariknya lagi, bukan hanya gambar. Tetapi, pelbagai fail lain turut boleh dikongsi. Ia bukan sahaja boleh menjimatkan masa, bahkan penguruan kerja juga lebih efesien. Berikut adalah langkah mudah untuk menggunakan HUAWEI Share:

  • Langkah 1 – Sambungkan HUAWEI nova 9 dengan HUAWEI MateBook 14s menggunakan fungsi HUAWEI Share.
  • Langkah 2 – Pada komputer riba, buka imej & klik pada “save the image as”.
  • Langkah 3 – Pilih lokasi di mana fail di simpan pada HUAWEI nova 9.
  • Langkah 4 – Setelah selesai, anda boleh mengakses imej yang dimahukan.

HUAWEI MateBook 14s Pamer Prestasi Terbaik

Alang-alang sudah bercakap mengenai HUAWEI MateBook 14s. Ini adalah komputer riba baru daripada HUAWEI. Kami boleh menyifatkannya sebagai sebuah komputer riba bercirikan moden yang mesra pengguna. Ia mempunyai kelebihan tersendiri yang membolehkan anda meningkatkan produktiviti kerja harian. Kiranya anda boleh bekerja dengan efektif menerusi prestasinya yang pantas menerusi penggunaan processor Intel H series generasi ke-11.

Selain daripada itu, ia juga ringan dan mudah dibawa ke masa sahaja tanpa rasa terbeban. Kemudian, paparan penuh HUAWEI 2.5K yang menyokong skrin sesentuh kelihatan cukup terang bersama perincian yang baik. Sokongan kadar segar semula 90Hz yang disertakan juga sangat membantu dalam pengalaman visual yang lancar. Tidak ketinggalan, bateri juga boleh bertahan untuk sehari suntuk – terutama sekali buat meraka yang berkerja untuk masa yang panjang.


HUAWEI Watch GT 3, Pembantu Peribadi Yang Prihatin

Tetapi sesibuk manapun rutin anda, kesihatan tetap kena jaga. Jadi apa kata, anda jadikan HUAWEI Watch GT 3 sebagai teman yang bagus? Dengan jam tangan pintar ini, anda boleh menggunakannya untuk pelbagai aspek. Reka bentuk yang premium adalah bonus. Ia menggunakan bahan keluli tahan karat bersama butang kawalan berputar pada bahagian sisi.

Selain itu, ia juga adalah jam tangan yang berteknologi canggih. Ia mempunyai sensor kadar degupan jantung yang menggunakan teknologi TrueSeen 5.0 untuk pemantauan lebih baik. Pada masa sama, ia turut menyokong GPS, Beidou, GLONASS, Galileo dan sistem satelit QZSS untuk isyarat kedudukan lebih tepat. Melaluinya, ia sangat membantu dalam corak pelbagai sukan seperti berbasikal, berlari, berenang dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda juga, Watch GT 3 ini mempunyai sehingga 100 pilihan mod suka yang berbeza. Di samping itu, ia juga mempunyai jurulatih AI yang sangat membantu dalam meningkatkan motivasi seseorang untuk terus bersukan. Tetapi, pasti juga ada yang akan bertanya. Bolehkah jam pintar ini boleh digunakan semasa berenang? Jawapannya adalah ya! Dengan ketahanan air pada tekanan 5ATM, anda boleh boleh berenang dengannya sehingga 50 meter dalamnya.

Kemudian, ia juga direka dengan bijak bagi memastikan anda mampu untuk mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Sekadar ingin bertanya, adakah anda sedar bahawa tidur yang mencukupi dapat memberi kesan positif kepada kesihatan? Almaklumlah, boleh dikatakan semakin ramai yang berhadapan dengan masalah waktu tidur sejak kebelakang ini. Tenang sahaja, jam tangan ini dapat bantu pantau tidur anda dan berikan laporan yang bagus untuk diperbaiki dari masa ke semasa.

Tujuan utamanya juga tidak terhad untuk bersenam sahaja. Malahan, ia juga pembantu peribadi yang bijak. Ia mempunyai beberapa ciri menarik lain seperti kebolehan membuat panggilan, paparan untuk pelbagai notifikasi, storan besar untuk muat-turun aplikasi dan mendengar muzik. Sebagai langkah ke arah gaya hidup sihat, anda boleh menetapkan beberapa pemberitahuan peribadi seperti notifikasi pengambilan air seharian, latihan penafasan untuk mengatasi stress dan sebagainya. Lebih menarik, anda juga boleh menggunakan gambar bersama tersayang yang diambil menerusi HUAWEI nova 9 atau sebarang gambar menarik lain sebagai wallpaper pada muka jam Watch GT 3 ini.

Akhir sekali, anda juga tidak perlu risau mengenai soal bateri. Ia mampu beroperasi sehingga 14 hari lamanya. Sepekara lagi, ia juga menggunakan versi terkini HarmonyOS untuk pengalaman penggunaan lebih baik – termasuk sambungan yang stabil dengan telefon pintar HUAWEI.


Tunggu Apa Lagi? Dapatkan Segera!

Sebenarnya, penerapan gaya hidup seimbang dan sihat tidak sesukar yang disangka. HUAWEI juga sangat komited dalam menyediakan produk serta ekosistme yang saling melengkapi pelbagai keperluan penggunanya.

Bagi yang berminat, HUAWEI nova 9 telah ditawarkan di Malaysia pada harga RM1999, sementara itu komputer riba HUAWEI MateBook 14s pula boleh dibeli dengan harga bermula RM4,999.

HUAWEI Watch GT 3 tersedia dalam dua variasi saiz iaitu 46mm dan 42mm. Ketersediannya akan dimumkan pada satu tarikh kelak. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai penawaran menarik daripada HUAWEI, anda boleh layari laman web rasmi HUAWEI Malaysia hari ini.

Penafian: Advertorial dari HUAWEI Malaysia

Komen