Samsung Merancang Untuk Mengeluarkan 334 Juta Unit Telefon Pintar Pada 2022

Diterbitkan pada Nov 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung kini nampaknya telah bersedia untuk tahun 2022, dan dilaporkan menyasarkan untuk mengeluarkan sekitar 334 juta unit telefon pintar pada tahun 2022 kelak.

Ia diperkatakan Samsung menyasarkan untuk mengeluarkan 54 juta unit dibawah siri Galaxy S, dan 13 juta unit untuk telefon boleh-lipat dibawah siri Galaxy Z. Sasaran baharu untuk siri telefon boleh-lipat ini adalah dua kali ganda berbanding tahun 2021 ini.

Majoriti peranti dijangka adalah yang berspesifikasi rendah dan pertengahan – dimana kebanyakkanya dibawah siri Galaxy A dan Galaxy M.

Tahun 2022 dan 2023 dijangka akan memperlihatkan persaingan sengit dalam arena ini – apatah lagi dengan pemulihan industri daripada kekurangan bekalan cip, disamping sasaran syarikat seperti Xiaomi yang ingin merampas takhta nombor satu dunia.

komen


© Amanz / 2022 Kami