Xiaomi 12 Dijangka Dilancarkan Pada Disember Ini

Diterbitkan pada Nov 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Qualcomm sedia menjadualkan sebuah acara Qualcomm Tech Summit pada awal Disember 2021 ini, dimana mereka dijangka memperkenalkan cip pemprosesan terbaru. Sebaik sahaja selesai acara berkenaan, Xiaomi dijangka akan menjadualkan sebuah acara khas untuk memperkenalkan telefon mercu terbaru mereka.

Xiaomi 12 dijangka akan dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 898 terbaru, yang dijangka menawarkan kuasa pemprosesan lebih tinggi, selain penggunaan tenaga lebih efisien.

Pelancaran bulan Disember ini adalah lebih kepada pasaran China, dan kita dijangka turut melihat ia diperkenalkan untuk pasaran global dalam tempoh sekitar sebulan dua selepasnya.

komen


© Amanz / 2022 Kami