Sejumlah Peranti Oppo, OnePlus Dan Realme Akan Menyokong Pengecasan 125W Pada 2022

Diterbitkan pada Nov 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan tahun 2022 menjelang tiba, pelbagai syarikat kini dalam perancangan untuk pengeluaran peranti, dan menyertakan beberapa ciri-ciri eksklusif bersama dengannya. Terbaru, mengikut info tertiris, sejumlah peranti yang bakal diperkenalkan Oppo, OnePlus dan Realme dijangka menyertakan pengecasan sepantas 125W pada 2022 kelak.

Kini, mengikut info tertiris, antara peranti lain yang dijangka akan turut menyokongnya adalah Realme GT2 Pro, Oppo Find X4, OnePlus 10 Pro, Oppo N, dan juga Oppo Reno 8 Pro. Untuk makluman, Oppo dan Realme sedia mempertontonkan teknologi pengecasan 125W masing-masing, yang membolehkan pengecasan penuh peranti dilakukan dalam masa sekitar 20 minit.

Kesemua peranti ini dijangka dipasarkan pada pertengahan pertama 2022 kelak – sekaligus memberikan petanda kita mungkin melihat pengecasan lebih pantas pada 2022.

Sebelum ini sendiri, kita sedia melihat Xiaomi mempertontonkan pengecasan 200W, yang mungkin disertakan pada beberapa peranti akan datang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami